top of page
Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 409 KES BAHARU, MENINGKAT 35 KES BERBANDING KELMARIN



12 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan sebanyak 409 kes positif baharu Covid-19 hari ini di Sabah, meningkat sebanyak 35 kes berbanding kelmarin (11 Jan), menjadikan jumlah kumulatif 41,449 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 63 kes, diikuti Sandakan sebanyak 60 kes, Lahad Datu (41 kes), Keningau (36 kes), Penampang (34 kes), Tawau (26 kes), Kalabakan (23 kes), Putatan (22 kes), Papar (20 kes), Kinabatangan (14 kes), Tambunan (13 kes), Ranau (11 kes).


“Tuaran dan Kudat masing-masing sembilan kes, Beaufort (tujuh kes), Kunak (enam kes), Kota Belud (lima kes), Semporna (empat kes), Kota Marudu (tiga kes), Beluran (dua kes) dan Nabawan mencatatkan satu kes baharu.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Sipitang, Tenom, Pitas, Telupid, Tongod dan Kuala Penyu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah kes keseluruhan hari ini, sebanyak 255 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (87 kes), Saringan rentas negeri (lapan kes), saringan kluster-kluster sedia ada (25 kes) dan 34 kes adalah dari lain-kain kategori.


Katanya, pada hari ini seramai 331 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 37, 658 orang.


“Sejumlah 2,822 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 763 orang di hospital dan 2,059 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Commentaires


bottom of page