top of page
nabalunews

Sabah dijangka alami ribut petir hingga awal pagi Isnin



12 Januari 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda hampir semua kawasan di Sabah sehingga jam 1 pagi Isnin.


MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat termasuk Pedalaman seperti Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau, dan Tambunan; Pantai Barat; Sandakan (Tongod, Telupid, dan Beluran); serta Kudat.


“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di kawasan Pedalaman seperti Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan. Selain itu, kawasan Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat dijangka akan berlaku cuaca sama sehingga jam 1 pagi pada Isnin,” menurut kenyataan itu.


Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Comments


bottom of page