top of page
nabalunews

Sabah mempunyai ramai pesakit alami kegagalan buah pinggang




26 Oktober 2024


SANDAKAN: Sabah antara negeri yang mempunyai pesaki paling ramai mengalami kegagalan buah pinggang.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri, Datuk James Ratib, berkata pada masa yang sama, masih ramai pesakit buah pinggang juga berada dalam senarai menunggu untuk menerima rawatan harian di hospital kerajaan termasuk Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan.


Katanya ketika ini.mesin hemodialis juga masih belum mencukupi sehingga memaksa pesakit mendapatkan rawatan di pusat dialisis swasta yang memakan kos tinggi.


Sehubungan itu pihaknya menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelabur untuk sama-sama membantu pesakit buah pinggang dengan menyumbangkan mesin hemodialis untuk hospital awam sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada masyarakat.


James menyatakan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Sabah di Padang Bandaran Sandakan hari ini.


Dalam perkembangan lain, James berkata.kesedaran rakyat untuk memeriksa tahap kesihatan masing-masing masih rendah.


Justeru pihaknya menyarankan rakyat untuk terus peka dengan tahap kesihatan mereka.


Katanya kementerian beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga sentiasa melaksanakan program kesedaran kesihatan kepada masyarakat umum.


Dalam perkembangan sama, jelasnya, pihaknya juga berharap HDOK Sandakan dan Hospital Tawau dinaiktaraf kepada hospital negeri agar lebih ramai doktor pakar major dapat memberikan khidmat terbaik untuk penduduk sekitar tanpa perlu pergi jauh ke hospital umum di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, mahu Jalan Paitan-Kaninbongan yang diselenggarakan pihak konsesi dapat melaksanakan kerja dengan sebaiknya.


Jelasnya, jika pihak konsesi merasakan sudah tidak mampu, seharusnya kerajaan menggantikan konsesi itu untuk kesejahteraan pengguna khususnya di musim hujan.

Comentarios


bottom of page