Sabah rekod 1,982 kes baharu Covid hari ini, 47 kematian

16 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah menurun sedikit kepada 1,982 kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 181,293 kes.
Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 47 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lapan kes di Tawau, tujuh kes di Sandakan, enam kes di Tuaran, Lahad Datu dan Kota Kinabalu masing-masing mencatatkan lima kes.
"Empat kes di Penampang, tiga kes di Keningau, dua kes di Kudat dan Beaufort manakala satu kes di Putatan, Kalabakan, Pitas, Papar dan Semporna," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dari segi pecahan kes, tiga daerah merekodkan kes melebihi 100 iaitu Kota Kinabalu ada 493 kes, Sandakan (206 kes), dan Lahad Datu (118 kes) manakala daerah lain merekodkan 100 kes ke bawah.
"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,101 kes manakala, 701 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (171 kes).
"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,452 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 419 kes, Kategori 3 sebanyak lapan kes, Kategori 4 (15 kes) dan Kategori 5 (lima kes)," katanya.
Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,098 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 153,427 orang.
"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 192 orang merangkumi 145 di unit rawatan rapi serta 47 di kubikel akut dan 62 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Comments