top of page

SABAH TERIMA BAYARAN DIVIDEN RM100 JUTA DARIPADA 14 GLC NEGERI

nabalunews

Salleh (empat kiri) menyampaikan replika cek RM10 juta kepada Hajiji.

29 DIS 2020


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini menerima pembayaran dividen sebanyak RM100 juta daripada 14 agensi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, meningkat 67.8 peratus berbanding tahun lepas.


Replika cek pembayaran dividen itu diserahkan oleh wakil setiap GLC kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang merupakan Menteri Kewangan I Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.


Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.


Antara GLC yang menyerahkan pembayaran dividen kepada kerajaan negeri ialah Perbadanan Pinjaman Sabah, Warisan Harta Sdn Bhd, Sawit Kinabalu, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Desa Group Sdn Bhd.


Sementara itu, kerajaan Sabah turut menerima pembayaran balik pinjaman berjumlah RM22 juta daripada lapan GLC negeri termasuk sebuah badan perkhidmatan awam.


Pada majlis itu Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd Datuk Salleh Keruak menyampaikan replika cek RM10 juta kepada kerajaan negeri.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page