top of page
nabalunews

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 di SK Kaung, meriah


28 November 2024


KOTA BELUD: Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung di sini berlangsung meriah hari ini dengan bertemakan "Pakaian Disney".


Menurut seorang jurucakap sekolah, sambutan kali ini menyaksikan anak-anak hadir dengan penuh keterujaan, memperagakan pakaian karakter Disney kegemaran mereka.


"Acara ini berlangsung dengan penuh keceriaan, disertai pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka.


"Program ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai-nilai positif seperti semangat setiakawan, kerjasama, dan kreativiti," kata jurucakap itu.


Menurutnya Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah selaku penganjur amat berbangga dengan penyertaan aktif 77 murid, 60 ibu bapa, serta kakitangan sekolah.


"Semua pihak menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kekeluargaan yang luar biasa sepanjang program berlangsung.


"Ucapan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pengarah program, guru-guru, dan ibu bapa yang telah memberikan sokongan padu kepada anak-anak.


"Kerjasama semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan program ini.


"Semoga usaha bersama ini terus menjadi inspirasi untuk melahirkan generasi muda yang hebat dan berdaya saing pada masa hadapan.


"Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 diucapkan kepada semua," katanya.

Comentários


bottom of page