top of page
  • nabalunews

Sambutan Hari Malaysia di Kinasaraban meriah


17 September 2024


KOTA BELUD: Sempena sambutan Hari Malaysia, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kinasaraban, Kota Belud telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti setempat.


Antara aktiviti yang dijalankan termasuk senam Zumba, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, serta pelbagai program lain yang diadakan di gelanggang futsal Kampung Kinasaraban, Kota Belud dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi kelmarin.


Acara ini telah dirasmikan oleh Pemaju Pembangunan Masyarakat N11 Kadamaian, Juin Kolod dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Sambutan ini diserikan dengan penyertaan aktif komuniti setempat yang mengambil bahagian dengan semangat perpaduan, sambil berusaha kekal cergas untuk kesihatan.

Comments


bottom of page