top of page
  • nabalunews

Sambutan Hari Malaysia di Tugu Peringatan Pekan Inanam penuh dengan pengisian patriotik



9 September 2024


KOTA KINABALU: Program Sambutan Hari Malaysia telah diadakan pada 7 September lalu di Tugu Peringatan Pekan Inanam dan berlangsung dengan jayanya, penuh dengan pengisian acara patriotik untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dan kesetiaan kepada tanah air.


Program yang dianjurkan dalam Sambutan Hari Malaysia di Tugu Peringatan Pekan Inanam memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk jati diri rakyat, terutamanya dalam kalangan generasi muda.


Antara pengisian program patriotik yang diadakan termasuklah acara menaikkan bendera kebangsaan dan menyanyikan lagu kebangsaan.


Majlis ini dianjurkan oleh Gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Inanam.


Pengerusi penganjur program ini adalah Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Wong Thien Fook, yang juga Ketua Bahagian UPKO Sepanggar.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam,

Peto Galim dan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UPKO Sepanggar, Fardy Bungga, bersama pelbagai wakil dari persatuan-persatuan dan kelab-kelab di seluruh kawasan Inanam yang turut menyumbang kepada kejayaan penganjuran acara ini.


Kejayaan penganjuran acara ini adalah hasil daripada kerjasama erat semua pihak yang terlibat.


Pengerusi penganjur serta masyarakat di Inanam mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Jawatankuasa Penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.


Ucapan penghargaan juga khusus ditujukan kepada YB Peto Galim yang telah meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan acara yang penuh bermakna ini.


Adalah diharapkan semoga Program Sambutan Hari Malaysia ini dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan warga Inanam dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat serta menggalakkan mereka untuk lebih menghayati makna sebenar kemerdekaan, perpaduan, dan keharmonian sepanjang bulan kebangsaan ini.

Comments


bottom of page