top of page

Sambutan Hari Peringatan Polis Ke-218 Tahun peringkat PGA Batalion 15, Sandakan

nabalunews


25 Mac 2025


SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15, Sandakan menyambut Hari Peringatan Polis Ke-218 tahun di Ibu Pejabat Batalion 15 PGA di Jalan Lintas Labuk, Batu 8, Sandakan pada Selasa.


Majlis berkenaan dihadiri Pegawai Pemerintah (PP) Batalion 15, Superintendan Ijid Landu Binju bersama timbalannya, Deputi Superintendan Ambrus Mohd Ali, pegawai serta anggota lain.


Pada majlis sama, Ijid turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 26 penerima terdiri pegawai dan anggota sebelum menyampaikan amanat perutusan Ketua Polis Negara.


Antara penerima yang masing-masing menerima sijil penghargaan Komander Briged Sabah didahului oleh Inspektor Muhammad Zareef Abdul Rajak, Koperal Rapail Muddi, Koperal Zakaria Abdul Rahman, Koperal Mohd Hafiz Rosli dan Koperal Tamrin Masambong


Manakala penerima sijil penghargaan PP Batalion 15 kepada 21 orang didahului oleh Inspektor Faisal Salleh.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page