top of page

Sambutan Ulang Tahun TYT Hanya Sebulan Bukan Tiga Bulan

nabalunews


27 Mac 2025


KOTA KINABALU: Sambutan Ulang Tahun Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sabah hanya akan berlangsung selama sebulan.


Pengerusi jawatankuasa induk sambutan berkenaan, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, perayaan berkenaan tidak akan berlangsung selama tiga bulan.


Sebaliknya katanya, ia hanya akan berlangsung bagi tempoh sebulan melibatkan tujuh acara yang sudah dirancang.


“Ini adalah berdasarkan keputusan Kabinet Negeri Sabah bahawa program rasmi bagi sambutan ulang tahun tahun ini akan diadakan pada 21 Jun depan.


“Untuk makluman jumlah acara telah dikurangkan daripada 12 acara pada tahun 2024 kepada tujuh acara saja pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, peruntukan perbelanjaan juga telah dikurangkan sebanyak 30 peratus berbanding perbelanjaan pada tahun 2024.


Katanya, semua tujuh acara yang dianjurkan adalah acara-acara yang lazim dilaksanakan sempena hari ulang tahun kelahiran rasmi Tuan Yang Terutama sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.


“Saya berharap agar pencerahan ini jelas dan acara-acara ini tidak disalahertikan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page