top of page
nabalunews

Sandakan dilanda banjir kilat



22 Disember 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Hujan lebat berterusan sejak malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu, menyebabkan beberapa kawasan rendah di Sandakan dilanda banjir kilat.


Di Kampung Jawa, Batu 12, Sandakan, lima penghuni sebuah rumah masing-masing lelaki, wanita dan tiga kanak-kanak dilaporkan terperangkap di rumah mereka susulan air naik mendadak selepas hujan lebat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian kira-kira jam 2.24 pagi dan menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi bagi membantu menghantar mangsa berkenaan ke rumah keluarga terdekat buat sementara waktu.


Pihaknya turut melakukan pemantauan dilokasi dan didapati paras air juga telah menurun.


Sementara itu, menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Kapten Sulaiman Salama, pihaknya turut menerima laporan beberapa jalanraya dinaiki air susulan hujan di kawasan terlibat.


Ini termasuk Jalan Nasalim, Fajar, Kampung Sandak, Seguntor dan Jalan Sungai Batang di mana ada jalan tidak boleh dilalui kenderaan kecil.


Bagaimanapun, jelasnya, situasi masih terkawal dan pihak Jawatankuasa Bencana Daerah Sandakan juga sentiasa memantau keadaan itu dari masa ke masa.

Comments


bottom of page