Satu kluster baharu di Beaufort kluster komuniti
5 Februari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Kg Weston - Beaufort merupakan kluster jenis komuniti melibatkan daerah Beaufort dan Penampang. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikesan apabila kes indeks, lelaki tempatan, 66, yang bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari lalu disahkan positif PCR pada 03 Februari melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Penampang. “Saringan terhadap 37 kontak rapat mendapati tiga kes kontak serumah dikesan positif. “Hasil penelitian, terdapat kaitan epidemiologi iaitu sejarah menghadiri majlis perkahwinan di Kg Lubok dan Kg Menengah Weston masing-masing pada 29 dan 30 Januari. “Jumlah kumulatif bagi kluster ini adalah 27 kes termasuk 22 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya,” katanya.
Comments