top of page

Satu Maut Dalam kemalangan Jalan Raya Di Sook

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read


22 April 2025


KENINGAU: Seorang lelaki maut, selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 18, Keningu - Sook, di sini, pagi tadi.


Mangsa berusia 44 tahun yang memandu Proton Saga BLM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Manakala seorang lagi lelaki yang juga pemandu Proton Saga berusia 22 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi.


"Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua kereta dan terdapat dua mangsa.


"Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, seorang lagi mangsa cedera ringan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.


"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.23 pagi," katanya.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page