top of page
nabalunews

Sebuah kedai runcit dan rumah di Kg. Ulang-Ulang Tunku, Lahad Datu terbakar




16 Januari 2025


LAHAD DATU: Sebuah kedai runcit dan rumah jenis tidak kekal di Kg. Ulang-Ulang Tunku musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam semalam.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 9:36 malam dan tiba di lokasi pada jam 10:39 malam, melibatkan perjalanan sejauh 66 kilometer.


Komander Operasi, PBK II Mohamud bin Punya, melaporkan bahawa struktur kedai berukuran 20x30 kaki dan rumah berkeluasan 30x40 kaki terbakar seratus peratus.


Pasukan Bomba menggunakan dua aliran pancutan sejauh 200 kaki dengan sumber air dari jentera dan sungai berdekatan untuk memadamkan kebakaran.


Operasi melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat dan PBS Silabukan, serta agensi lain seperti PDRM dan APM.


Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10:50 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11:42 malam.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags:

Comments


bottom of page