Sebuah rumah dan motorsikal musnah dalam kebakaran di Sook
3 Februari 2025
SOOK: Sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Malima, Sook, musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dikerahkan ke lokasi.
Komander operasi, PBKII Maimin Bin Yabin, memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40x60 kaki yang musnah 100 peratus, termasuk sebuah motosikal yang turut terbakar.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan, menggunakan sumber air dari parit berhampiran dengan bantuan pam angkut.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.40 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.28 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini,” lapor JBPM dalam satu kenyataan.
Comentarios