top of page
nabalunews

Sebuah rumah musnah terbakar di Taman Rajawali Sandakan



Bomba memadam kebakaran di lokasi kejadian.

11 Januari 2025

 



SANDAKAN - Sebuah rumah teres 2 tingkat jenis kekal yang berkeluasan 15x30 kaki musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Taman Rajawali, Lorong 17, Sandakan pada pagi Sabtu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, menerusi satu kenyataan media disini pada Sabtu memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.28 pagi melalui talian MERS999 lalu menghantar 16 anggota ke lokasi kejadian untuk melaksanakan operasi memadam kebakaran.


"Pasukan Bomba menjalankan pemadaman menggunakan 2 aliran 300 kaki, 3 pancutan dan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba." Jelasnya.


Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.03 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada jam 8.01 pagi.


Severinus berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Comentarios


bottom of page