top of page
  • nabalunews

Seekor lagi buaya masuk perangkap di Kota Marudu

16 September 2024


KOTA MARUDU: Seekor buaya sepanjang 16 kaki berjaya ditangkap pagi tadi selepas memakan umpan yang dipasang oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, dekat sini sejak Rabu lalu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan buaya telah memasuki perangkap jam 8.47 pagi tadi.


Katanya sepasukan 11 anggota bomba dari BBP Kota Marudu dikerah ke lokasi di Kampung Marudu Darat, Kota Marudu yang terletak 15 kilometer dari balai.


Katanya tindakan pasukan bomba mengangkat dan membawa buaya ke darat.


Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan jam 10.30 pagi tadi.


Mohd Hasbi berkata reptilia itu di serahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan selanjutnya.


Operasi menangkap buaya menerusi umpan yang dipasang pada perangkap buaya adalah antara tindakan dilakukan pasukan mencari seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, Kota Marudu sejak Rabu lalu.

Operasi mencari selama 5 hari itu ditamatkan petang semalam sehingga mendapat petunjuk baharu.


Sehingga kini, mangsa yang dikenali Razis Amat, 35, masih belum ditemukan, dan operasi mencari dihentikan petang semalam sehingga mendapat petunjuk baharu kejadian berkenaan.


Manakala dua lagi buaya yang ditangkap semalam juga telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar, kata jabatan bomba.


Rabu lalu, bomba menerima laporan kecemasan terdapat seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti mandi sungai bersama anak saudaranya di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, Kota Marudu.


Mohd Hasbi berkata operasi mencari hari kelima bermula jam 8 pagi semalam telah meronda ke lokasi umpan yang telah dipasang dan telah berjaya menangkap 2 ekor buaya.


Setelah perbincangan dengan semua agensi yang terlibat, operasi mencari ditamatkan jam 6 petang semalam sehingga nendapat petunjuk baharu.


Terdahulu bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.07 petang, 11 September lalu.


“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi manda di sungai berkenaan.


“Seorang mangsa remaja berusia 17 tahun selamat manakala seorang lagi berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya.

Comments


bottom of page