top of page

Sekolah Agama Rakyat Lasau Podi terima sumbangan ADUN Kadamaian

nabalunews



17 Januari 2025


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Lasau Podi bertujuan untuk menjayakan Majlis Perpisahan dan Penyampaian Hadiah kepada murid-murid SAR yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jan.


Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Juin Kolod, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi Sekolah Agama Rakyat, Imam Mohd. Hj. Zaini @ Jeirry Gundayot.


Menurut Zaini, sumbangan ini amat bermakna bagi memastikan majlis perpisahan dan penyampaian hadiah dapat direalisasikan dengan jayanya.


Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Ewon atas usaha berterusan beliau menyokong pelbagai inisiatif di peringkat akar umbi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page