top of page

Selenggara punca bekalan untuk atasi masalah bekalan air

nabalunews


15 Februari 2025


SANDAKAN: Sekurang-kurangnya tiga daripada 10 borehole atau punca air bawah tanah bagi Loji Rawatan Air (LRA) Hill, masih mengeluarkan sumber air.


Bagaimanapun, penyelenggaraan perlu dibuat oleh pihak jabatan air dan konsesi agar LRA Hilltop yang ditutup sebelum ini dapat beroperasi semula.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, tindakan itu penting agar pengguna terjejas boleh mendapat bekalan air dari LRA berkenaan.

James (tengah, depan), George (kiri), Walter (kanan) dan wakil JANS meninjau borehole yang terletak di Kolej Vokasional Sandakan 1 yang masih mengeluarkan bekalan air
James (tengah, depan), George (kiri), Walter (kanan) dan wakil JANS meninjau borehole yang terletak di Kolej Vokasional Sandakan 1 yang masih mengeluarkan bekalan air

“Berbanding kini yang dimaklumkan mereka menerima bekalan air secara berjadual daripada tiga lagi LRA yang lain di daerah ini.


“Masalah bekalan air di Sandakan perlu di atasi segera termasuk kawasan Karamunting antaranya Bandar Namtung, Bandar Leila dan Bandar Ramai-Ramai untuk aktiviti harian penduduk,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media sejurus melawat borehole yang membekalkan air kepada LRA Hilltop di Sandakan pada Sabtu.


Turut hadir, ADUN Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson serta wakil dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).


Sementara itu, George mencadangkan pihak JANS memberi makluman awal kepada pengguna terjejas berkenaan penyaluran bekalan air.


Katanya, JANS juga minta untuk memberi kelonggaran membuka bekalan selama 24 jam sehari bagi membolehkan mereka mendapat bekalan air mencukupi. ..


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page