top of page

Semangat sayangkan tanah air perlu diterapkan semua lapisan masyarakat

nabalunews

7 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian memuji semangat warga Kampung Batu Putih Baru, Sandakan yang terus menerapkan nilai perpaduan dan kejiranan sesama mereka.


Jelasnya, nilai ini juga penting dalam memastikan kesejahteraan di kawasan kejiranan terus dapat dikekalkan.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Perpaduan Pemimpin Bersama Rakyat 2024 sempena sambutan Hari Malaysia 2024 di Kampung Batu Putih Baru, Sandakan, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Amirshah Yaakub.


Pelbagai acara mengisi program berkenaan termasuk Jualan Rahmah dan Agro Madani, sukan rakyat, senam sihat dan pemeriksaan kesihatan percuma.


Pada sidang medianya, Anna Bell berkata, semangat sayangkan tanah air juga jelas terpancar dengan semangat yang ditunjukkan penduduk kampung menerusi program itu.


Sementara Jualan Rahmah dan Agro Madani oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.


Dalam pada itu, Amirshah juga menyambut baik penganjuran program itu yang mampu memupuk semangat perpaduan kalangan warga kampung itu yang mempunyai pelbagai latar.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page