top of page

Sembilan rumah dan lima kenderaan musnah terbakar

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read


16 April 2025


TUARAN: Sembilan rumah dan lima kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tembiluk Mengkabong, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 30-an turut dilaporkan cedera melecur ketika kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.41 pagi.



Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan sembilan rumah jenis tidak kekal dan lima kenderaan iaitu sebuah lori 10 tan dan masing-masing dua kereta serta dua motosikal.


“Terdapat seorang mangsa melecur di tangan dan diberikan rawatan oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dan empat pancutan dari sumber air dari jentera dan water tanker.


“Api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi dan operasi diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.59 pagi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page