Sembilan rumah terjejas akibat tanah runtuh

30 Mac 2025
NABAWAN: Sekurang-kurangnya sembilan rumah di Kampung Saliman Pagalungan, di sini, terjejas ekoran kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan hampir lima jam.
Bagaimanapun, dalam kejadian Jumaat lalu itu, tidak membabitkan senarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah JPBD Nabawan , Marshal Anthony @ Idham berkata, seramai 26 Ketua Isi Rumah (KIR) di tempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Budaya di kampung berkenaan.
Katanya, pengagihan bakul makanan serta bantuan berkaitan sedang diurus pihak JPBD Nabawan.
“Untuk sampai ke kampung berkenaan, hanya boleh menggunakan pengangkutan bot selama 30 minit dari Pekan Pagalungan berikutan belum ada jalan darat.
“Jumlah sebenar rumah yang terjejas masih tidak dapat dipastikan susulan keadaan cuaca hujan yang berterusan, struktur tanah di kawasna perkampungan tepian sungai pegalungan masih tidak stabil di kebanyakan kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Marshall yang juga pegawai Daerah Nabawan berkata, laporan penuh jumlah rumah sebenar yang terjejas akan di kemaskini dari semasa ke semasa selepas tinjauan penuh dilaksanakan di sepanjang pesisiran sungai Logongon dan Tagol.
"Keadaan bertambah sukar apabila penduduk kawasan perkampunga berkenaan tidak dapat dihubungi melalui telefon.
“Keadaan sebenar hanya boleh dikenalpasti dan dinilai menerusi lawatan fizikal ke setiap kawasan" jelasnya.
Yorumlar