top of page

Sembunyi rokok seludup bernilai RM1 juta dalam rumah atas air

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read


7 April 2025


SANDAKAN: Tindakan penyeludup menjadikan rumah atas air sebagai stor penyimpanan rokok seludup gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM).


Dalam operasi jam 9.30 malam itu, semua rokok pelbagai jenis itu dirampas dalam serbuan di sebuah rumah atas air di Batu 3, di sini, semalam.


Hasil serbuan, pasukan operasi berjaya merampas 20 kotak dan 10 plastik mengandungi rokok seludup bernilai hampir RM1 juta.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan itu dijalankan susulan maklumat serta risikan diterima pihaknya.


"Hasil serbuan ke atas sebuah rumah di perkampungan atas air menemui 20 kotak dan 10 plastik warna hitam mengandungi rokok pelbagai jenama tidak bercukai.


"Rumah berkenaan dipercayai dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup sebelum di pasaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan rokok seludup berjumlah RM943,902.


"Barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1968," katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page