top of page
  • nabalunews

Semua agama harus bersatu menentang ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi - Paus Francis

6 September 2024


JAKARTA: Dalam usaha memperkukuh perpaduan agama di tengah-tengah cabaran ekstremisme, Paus Francis menyeru agar semua agama bersatu menentang sikap tidak bertoleransi.


Seruan ini dibuat ketika lawatan terpanjang dan paling jauh paus berusia 87 tahun itu ke Indonesia, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Pada hari pertama lawatan empat negaranya ke Asia-Pasifik, Paus Francis menekankan peranan penting yang dimainkan oleh semua agama dalam memastikan keselamatan global.


“Untuk memupuk keharmonian yang aman dan membuahkan hasil yang memastikan kedamaian, gereja ingin mengukuhkan dialog antara agama,” kata paus dalam ucapan selepas bertemu Presiden Joko Widodo, menurut laporan AFP.


Beliau turut mengkritik pelampau yang menggunakan agama sebagai alat penipuan dan kekerasan.


"Pelampau, melalui penyelewengan agama cuba memaksa pandangan mereka dengan menggunakan penipuan dan kekerasan," jelasnya.


Paus Francis turut mengingatkan bahawa kepentingan diri yang melampau boleh menjadi halangan perpaduan agama, sekali gus mencetuskan peperangan.


“Di pelbagai wilayah kita kini melihat kemunculan konflik ganas, yang selalunya akibat keinginan yang tidak bertolak ansur demi kepentingan sendiri,” katanya.


Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyokong penuh ucapan paus, dengan menegaskan bahawa "Kebebasan dan toleransi, itulah yang ingin disebarkan oleh Indonesia, bersama Vatican tatkala dunia yang semakin bergelora."

Comments


bottom of page