top of page
nabalunews

Seorang kanak-kanak cedera dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah, beberapa kenderaan




19 Disember 2024

 

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan dalam satu insiden kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Rapak, Ranau, pagi tadi.

 

Dalam insiden tersebut, mangsa yang berumur 10 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.01 pagi, dan pasukan BBP Ranau tiba di lokasi dalam masa tiga minit.

 

“Kebakaran melibatkan rumah berkeluasan 40 x 40 kaki persegi, dan turut melibatkan empat buah kenderaan, dan empat motosikal. 

 

“Operasi pemadaman melibatkan lapan anggota bomba, dengan dua jentera menggunakan aliran 200 kaki serta pancutan dari sumber air jentera dan pili bomba.

 

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.30 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.57 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Comments


bottom of page