top of page
nabalunews

Seorang pemandu cedera dalam kemalangan di jalan Teluk Sepanggar


20 Disember 2024

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan Proton Saga yang dipandunya melanggar lori 10 tan yang membawa muatan tayar di tepi Jalan Teluk Sepanggar, berhampiran Pangkalan TLDM, pagi tadi. 

 

Menurut Komander Operasi PBK II Idy Nirwan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.36 pagi.

 

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.53 pagi, dengan jarak 21 kilometer dari balai. 

 

Mangsa telah dihantar ke Hospital TLDM oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.10 pagi. 

 

Operasi melibatkan empat anggota dengan sebuah jentera EMRS. Untuk maklumat lanjut, Ketua BBP Kota Kinabalu, TPgB I Ordine bin Gilu, boleh dihubungi di talian 010-9457748.

Comments


bottom of page