Setuju Elaun JKKK Dikaji Semula Dan Dinaikkan-Rowindy
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

13 April 2025
KOTA KINABALU: Cadangan mengkaji semula dan menaikkan elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disokong penuh dan wajar dipertimbangkan.
Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif UPKO, Rowindy Lawrence berkata, elaun semasa bagi JKKK boleh dianggap tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dilaksanakan.
“Elaun semasa JKKK ketika ini tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan semula dan dinaikkan kerana ia amat perlu untuk semua terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan banjir bersama Ketua Kampung dan JKKK Kampung Bandau, Membakut.
Rowindy berkata, dia sering mendengar luahan daripada beberapa JKKK yang meminta agar sumbangan mereka lebih dihargai.

Terdahulu, sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang menggesa agar elaun JKKK dipertimbangkan dan dinaikkan.
Menurutnya, entiti berkenaan memainkan peranan penting sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan.
Katanya, mereka juga berperanan sebagai barisan hadapan dalam penyampaian maklumat, bantuan, dan sokongan kepada komuniti.
Commentaires