Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh: Mandat PM diharap bawa harapan baharu untuk Palestin
top of page
nabalunews

Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh: Mandat PM diharap bawa harapan baharu untuk Palestin

5 November 2024


SHAH ALAM: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, menyuarakan harapan agar mandat yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November nanti mampu memberikan impak positif serta harapan baharu kepada rakyat Palestin.


Dr. Zulkifli memuji sokongan penuh ahli Parlimen Malaysia terhadap isu ini, mencerminkan perpaduan nasional walaupun dengan perbezaan agama dan pandangan.


“Seluruh ahli Parlimen memberi sokongan penuh terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan kita berharap sidang kemuncak di Riyadh kali ini akan membawa perubahan serta harapan buat saudara kita di Palestin,” katanya.


“Ini adalah bukti bahawa kita mampu bersatu walaupun berbeza pandangan untuk mengangkat isu-isu penting seperti Palestin,” jelasnya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Belia RDC di sini.


Persidangan bertajuk “Unleashing The Potential of Youth In The Asia Pacific Region” ini turut dihadiri oleh penceramah dari Indonesia, Turkiye, dan Iraq.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page