Sijil halal tidak perlu diwajibkan buat masa ini - Biro Ekonomi dan Keusahawanan UPKO
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_f62aa3649fd94d4895abe7fbc506cac2~mv2.jpg/v1/fill/w_738,h_262,al_c,q_80,enc_auto/d65831_f62aa3649fd94d4895abe7fbc506cac2~mv2.jpg)
11 September 2024
PENAMPANG: Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berpendapat bahawa cadangan mewajibkan sijil halal kepada pengusaha kedai-kedai makan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol adalah tidak wajar pada masa ini.
Menurut Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan UPKO, Datuk Gilbert Syam, cadangan ini tidak perlu dilaksanakan sehingga proses permohonan sijil halal dipermudahkan.
Beliau menyatakan bahawa beberapa operator kedai makan telah melahirkan kebimbangan mereka terhadap cadangan ini.
Menurut Gilbert, cadangan daripada JAKIM ini bukan sahaja akan menyukarkan para pengusaha, tetapi juga menyebabkanee mereka terpaksa melalui proses yang rumit serta menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan sijil halal.
Dalam kenyataannya hari ini, Gilbert juga menegaskan bahawa para pelanggan mempunyai kebijaksanaan sendiri untuk menilai kedai-kedai makan yang mereka kunjungi.
Oleh itu, beliau merasakan bahawa cadangan ini perlu diteliti semula dan tidak perlu diwajibkan buat masa ini.
Comments