top of page
nabalunews

SK Kaung Kota Belud terus dapat sokongan ADUN Kadamaian




11 Januari 2025


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung Kota Belud bagi kegunaan aktiviti-aktiviti sekolah baru-baru ini.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick kepada wakil sekolah Roslin Dusun.


Difahamkan, dana tersebut akan digunakan untuk aktiviti seperti lawatan sambil belajar dan majlis jamuan perpisahan untuk murid-murid Tahun 6 di SK Kaung Kota Belud.

Comentarios


bottom of page