top of page

SK Taginambur Ungguli Kejohanan Catur Zon Selatan 2025

  • nabalunews
  • Apr 10
  • 1 min read

10 April 2025


KOTA BELUD :Kejohanan Catur Zon Selatan 2025 Meriah di Kota Belud


Kejohanan Catur Zon Selatan 2025 berlangsung dengan meriah di Dewan Komuniti Pekan Nabalu, Kota Belud, semalam, dengan penyertaan seramai 43 pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar zon selatan.


Kejohanan ini dianjurkan sebagai platform pemilihan wakil catur ke peringkat daerah, memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam sukan berasaskan minda ini.


Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud, menghantar enam orang murid sebagai wakil sekolah ke pertandingan tersebut, iaitu Fernando Rogers Tiam, Anderz Nied Kabby, Mohamad Hazario Hazard, Lizah Ibrahim, Ashley Pricie Juslie, dan Nurul Uzma Az Zahrah.


Dalam keputusan keseluruhan, SK Taginambur muncul sebagai juara kejohanan, manakala SK Dallas dinobatkan sebagai naib juara. Tempat ketiga pula disandang oleh SK Kebayau.


Kategori individu juga menampilkan saingan sengit, dengan enam pemain lelaki terbaik diumumkan iaitu Vincenzo Vitalis (SK Taginambur), Elvanzelo Lewi (SK Melangkap), Bryan Noel Belly Clarke dan Andy Yan Elwe (SK Dallas), Deanvadeen Bib (SK Kebayau), serta Dave Oliver Monol (SRA Rangalau).


Sementara itu, enam pemain perempuan terbaik kejohanan terdiri daripada Jessye Feonna Jaibi dan Ivory Joyce Kalip (SK Taginambur), Izz Zahra Qaisara Binti (SK Lasau Tintapon), Avely Clovia (SK Tamu Darat), Nicol Joili (SK Tuguson), dan Aclara Laura Elwe (SK Dallas).


Kejohanan ini berjaya mencungkil potensi peserta dan diharapkan dapat terus memupuk minat pelajar terhadap sukan catur sebagai salah satu bidang pembangunan sahsiah dan intelek.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page