top of page
  • Wartawan Nabalu News

SKM laksana Program CSR bantu 200 isirumah mangsa banjir di Penampang

Ewon menyampaikan sumbangan CSR SKM berupa tilam, bantal dan selimut kepada pengerusi JKKK Kg.Kambau. Jumlah kos keseluruhan sebanyak RM22,800 untuk 200 KIR di dua kawasan iaitu 120 penerima di Kg.Kambau dan 80 orang di Vista Seri Kiranau. Turut kelihatan Rusli (tiga dari kiri) dan Efeendi (dua dari kiri).

14 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) satu daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu 200 ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Penampang.


Sumbangan berupa tilam, bantal dan selimut dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM22,800 disampaikan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama Ketua Pegawai Eksekutif SKM Haji Rusli Jaafar, Pengarah SKM Sabah Haji Efeendi O.P. Andu dan Pengarah IKMA Sabah Razalie Raffae bersama pegawai-pegawai agensi termasuk daripada TEKUN Nasional dan CoopBank Pertama turun padang menyampaikan sumbangan itu kepada para penerima di Kg.Kambau dan Perumahan Vista Kiranau.

Ewon Berkata, SKM turut menyampaikan bantuan khas kepada SM St.Micheal Penampang sejumlah RM3,000 di bawah Bantuan Bencana khas yang disalurkan kepada Koperasi Sekolah SM St.Micheal Penampang dan tambahan RM30,000 bantuan bencana bagi membaikpulih kerosakan di premis koperasi.


“Saya berharap koperasi sekolah ini dapat memulakan semula perniagaan selepas ini,” katanya selepas meninjau kerosakan premis koperasi sekolah SM St.Micheal dan menyampaikan sumbangan kepada sekolah itu, hari ini.


Selain SKM, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang turut menerima sumbangan 130 kampit beras daripada Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (KOPEKS) di bawah Program CSR mereka untuk disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa banjir yang memerlukan.


“Saya sangat menghargai semua sumbangan daripada pelbagai pihak untuk meringankan bebanan keluarga yang terjejas banjir di kawasan Penampang. Sumbangan ini akan diselaraskan dengan JKKK di kampung-kampung terlibat,” katanya.


Sebelum ini, SKM bersama-sama Ewon melakasanakan Program CSR dengan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 120 orang penerima di kawasan Penampang.

Comments


bottom of page