top of page

SKM Santuni Warga Emas dan Ibu Tunggal

nabalunews


24 Mac 2025


KOTA KINABALU: Seramai 50 warga emas dan ibu tunggal Kampung Rampayan, Manggatal, disantuni pada Majlis Berbuka Puasa bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Pada majlis berkenaan, semua penerima diberikan sumbangan kewangan serta beras bagi memudahkan persiapan sepanjang bulan ramadan tahun ini.


Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook berkata, usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.



Katanya, menerusi majlis seperti ini, ia akan menjadi lebih memudahkannya untuk mendekati golongan warga emas dan ibu tunggal.


“Kita hanya memainkan peranan kecil untuk membantu warga emas dan ibu tunggal sebaiknya.


“Saya berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban warga emas dan masyarakat setempat yang lain,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Ahli Lembaga Pengarah SKM bersama komuniti dan ahli-ahli koperasi.


Menurutnya, beliau berharap, inisiatif itu dapat diteruskan dan diperluaskan bukan hanya di bulan ramadan tetapi juga sepanjang tahun.


“Saya juga berharap selepas ini akan ada lebih banyak agensi atau syarikat korporat tampil membantu masyarakat,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page