SKM sumbangkan Smart TV kepada SK Tomis, Tuaran
19 November 2024
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), meneruskan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyerahkan sumbangan Smart TV kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tomis, Tuaran.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kepada Guru Besar SK Tomis, Tuaran, Juannes Masammin di Pejabat SKM Negeri di Menara MAA Kota Kinabalu, hari ini.
Sumbangan Smart TV ini adalah untuk membantu pengajaran interaktif di sekolah selain membantu guru dan pelajar mendapatkan akses kepada kandungan digital, sekaligus membantu sekolah mencapai kecemerlangan akademik.
Comentários