top of page
  • nabalunews

SM St. Michael, SMK Kunak ungguli pertandingan pidato dan kuiz perhutanan peringkat Sabah

4 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, satu pertandingan Pidato dan Kuiz Perhutanan Peringkat Sabah 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah telah berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar mengenai kepentingan pemuliharaan hutan.


Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai wilayah di Sabah dan dirasmikan oleh Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan.


Dalam pertandingan pidato, Shane Ashton Eddie dari Sekolah Menengah SM St. Michael, Kota Kinabalu, muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan trofi.


Manakala Hannyss Maisarah Idayu Hussne dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, Sandakan, muncul naib johan dan menerima hadiah wang tunai RM600, sijil dan trofi.


Bagi pertandingan kuiz, pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, yang dianggotai oleh Olivia Chai Jia, Ana Nurin Nadzirah, dan Siti Aishya Arnaib, dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,800, sijil dan trofi.

Kommentare


bottom of page