top of page

SMSM juara Kejohanan Ragbi Piala Datuk Ewon Benedick

Wartawan Nabalu News
Ewon dan Jannifer bergambar bersama pasukan SMSM.

12 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pasukan Sekolah Menengah St Michael (SMSM) muncul juara Kejohanan Mini Ragbi SMSM Piala Datuk Ewon Benedick yang berlangsung di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, semalam.


Pasukan Bawah 15 Tahun (B-15) SMSM itu dinobatkan sebagai juara selepas menang bergaya di final bertemu SM La Salle.


Kategori lelaki yang diadakan secara 10 sebelah itu turut menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau muncul sebagai pemenang tempat ketiga.

Bagi kategori wanita B-16 (7 sebelah) pula, pasukan Lioness A menunjukkan 'taring' mereka apabila berjaya muncul juara menewaskan SMSM A di final.


Tempat ketiga bagi kategori itu pula dimenangi SMK Takis.


Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan itu, Ewon berharap, program seumpama itu akan terus diadakan dari semasa ke semasa.


“Ragbi adalah salah satu sukan yang penuh disiplin walaupun ia dilihat satu sukan yang kasar dan lasak. Oleh itu saya berharap, pertandingan ini diteruskan, bukan sahaja melahirkan pemain ragbi yang terbaik tetapi memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.

“SM St Michael sangat dekat di hati saya kerana ini sekolah lama saya dulu, saya harap kejohanan seperti ini tidak terhenti setakat di sini, saya yakin ini baru permulaan untuk banyak lagi kejohanan dan program pada masa akan datang," katanya.


Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Pengetua SMSM Jennifer Asing.

Terdahulu sebanyak enam pasukan telah menyertai kejohanan yang julung kali diadakan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page