top of page

SOALAN LAZIM MENGENAI PENGUMUMAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN DI DEWAN RAKYAT

nabalunews

15 Februari 2025


1. Apakah pengumuman penting yang telah dibuat oleh Menteri Pertanian

dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat pada 13 Februari 2025?


Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengumumkan 2 berita baik iaitu:


1.1) Penyelarasan Harga Lantai Belian Padi dari RM1,300 kepada RM1,500

per tan metrik mulai 16 Februari 2025.


1.2) Harga Beras Putih Tempatan (BPT) dikekalkan pada kadar RM2.60

per kilogram melalui penyerapan sebahagian kos pengeluaran oleh

Kerajaan sebanyak RM150 juta bagi mengeluarkan kira-kira 24 juta

kampit BPT 10 kilogram untuk tempoh 6 bulan.


2. Mengapa harga lantai belian padi diselaraskan kepada RM1,500 per tan

metrik dan bukan RM1,800 seperti diminta pesawah?


Kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti kos pengeluaran padi,

pergerakan harga beras dunia, unjuran permintaan dan penawaran beras

tempatan. RM1,500 per tan metrik adalah kadar yang relevan pada masa ini

bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pesawah, pengguna, dan

industri beras secara keseluruhan.


Dari semasa ke semasa, pihak Kementerian semestinya akan terus memantau

dan mengkaji kesesuaian serta keperluan untuk menyelaraskan semula harga

ini.


3. Bagaimana penyelarasan harga ini dapat membantu pesawah?


Dengan penyelarasan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per tan metrik,

pesawah akan mendapat tambahan RM200 dan ini menjadikan setiap tan

metrik jualan padi, pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM2,000

(RM1,500 Harga Lantai + RM500 Skim Subsidi Harga Padi) memandangkan

Kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi Skim Subsidi Harga Padi

(SSHP) sebanyak RM500 per tan metrik.


4. Kenapa baru sekarang diumumkan penyelarasan ini - adakah kerana ada

tekanan dari pesawah?


Tidak benar. Pihak Kementerian melalui agensinya seperti MADA, KADA, LPP

dan lain-lain lagi sentiasa bertemu dan berbincang dari semasa ke semasa

berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh para pesawah di negara ini.

Penyelarasan Harga Lantai Belian Padi ini sememangnya telah termasuk

dalam Reformasi Industri Padi & Beras yang sedang digerakkan oleh KPKM

sejak Oktober 2024.


5. Adakah harga Beras Putih Tempatan akan dinaikkan dalam masa

terdekat?


Tidak, Kerajaan memberi jaminan bahawa harga Beras Putih Tempatan masih

dikekalkan pada RM2.60 sekilogram bagi membantu rakyat menghadapi

cabaran kos sara hidup. Apakah langkah kerajaan untuk mengekalkan

Harga Beras Putih Tempatan (BPT) RM2.60 sekilogram itu?

Kerajaan akan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta

untuk tempoh 6 bulan bagi memastikan kira-kira 24 juta kampit BPT 10 kg

dapat dijual pada harga kawalan RM26.00 di pasaran.


6. Adakah pengumuman ini akan memastikan keberadaan kembali BPT di

pasaran?


KPKM komited kira-kira 24 juta kampit 10 kg BPT akan berada di pasaran

secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan ini dalam masa terdekat.


7. Bagaimana KPKM dapat mempastikan keberadaan BPT di pasaran

melalui pengumuman ini?


KPKM sedang dalam peringkat akhir untuk melaksanakan Sistem Trace &

Tracking semua kampit BPT di pasaran.


8. Bagaimana kerajaan membantu pesawah dalam menangani kenaikan kos

bahan api diesel?


Kerajaan Madani juga sedang berbincang dengan pelbagai kementerian untuk

memperkenalkan kad fleet khas diesel bagi pesawah, petani, dan peladang

kecil. Pengumuman tentang perkara ini akan dibuat apabila ianya

dimuktamadkan kelak.


9. Adakah penyelarasan Harga Lantai Belian Padi ini melibatkan Sabah,

Sarawak dan Labuan?


Tidak. Penyelarasan Harga Lantai Belian Padi RM1,500/tan ini hanya untuk

Semenanjung Malaysia sahaja mengambil kira faktor kos pengeluaran,

produktiviti dan struktur pasaran di Sabah dan Sarawak.


10. Bagaimana Kerajaan Madani dapat memastikan penguatkuasaan industri

padi dan beras lebih cekap dan berkesan?


KPKM sedang mengusahakan penubuhan Agensi Regulatori dan

Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA) untuk menggabungkan

tujuh agensi penguatkuasaan dalam sektor agro makanan bagi memastikan

pemantauan yang lebih berkesan. Melalui kaedah ini, kekuatan anggota

penguatkuasa di bawah KPKM dapat disatukan dan digerakkan untuk

menjalankan operasi khas. Di samping itu, KPKM akan meneruskan operasi

bersepadu dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan yang lain seperti

KPDN, PDRM, Kastam dan lain-lain.


11. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi di

kawasan MADA?


Projek Pemodenan Sistem Saliran Padi di Kawasan MADA akan

membolehkan padi ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun, sekali gus

meningkatkan pengeluaran beras tempatan.


12. Apakah cabaran utama yang dihadapi industri padi dan beras negara?


Faktor Demografi Pesawah – Majoriti pesawah terdiri daripada

golongan berusia, menjadikan penerapan teknologi pertanian moden

lebih mencabar.


Kekurangan Minat dalam Kalangan Belia – Golongan belia kurang

berminat untuk menceburi sektor pertanian, mengakibatkan kekurangan

tenaga kerja muda yang berdaya saing.


Saiz Pegangan/Pemilikan Tanah yang Tidak Ekonomik

Kebanyakan petani mengusahakan sawah dalam skala kecil,

menyukarkan penggunaan teknologi moden dan meningkatkan kos

pengeluaran.


Isu Tanah dan Perubahan Iklim – Keadaan tanah yang tidak stabil

seperti tanah jerlus serta kesan perubahan iklim seperti kemarau dan

banjir menjejaskan hasil tanaman.


Kelemahan Sistem Pengairan dan Saliran – Sistem pengairan dan

saliran yang kurang cekap serta kurangnya penyelenggaraan

berterusan memberi kesan kepada pengairan sawah dan produktiviti

tanaman.


Kawalan Harga yang Ketat – Mekanisme kawalan harga beras yang

ketat menyebabkan daya tarikan sektor ini kepada syarikat besar

berkurangan kerana margin keuntungan yang rendah.


Cabaran-cabaran ini memerlukan penyelesaian holistik melalui pemodenan

sektor pertanian, peningkatan daya saing pesawah, serta penglibatan aktif

pelbagai pihak dalam memastikan kelestarian industri padi dan beras

negara.


13. Mengapa harga beras dunia memberi kesan kepada harga beras

tempatan?


Malaysia bergantung kepada beras import untuk memenuhi keperluan

dalam negara, terutama untuk memastikan bekalan beras yang mencukupi..

Sebarang perubahan harga beras dunia, ia turut memberi tekanan kepada

harga beras di pasaran tempatan.


14. Apakah langkah kerajaan dalam memastikan bekalan makanan ruji

negara mencukupi?


o Dengan mempertingkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras melalui

pembukaan jelapang padi baharu di Sabah dan Sarawak serta

memodenkan sistem pengairan di kawasan MADA dan menambah pam

di kawasan KADA.


o Memperkenalkan Skim Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB)

melalui penggunaan teknologi terkini.


o Menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang ini.


o Meneruskan pemberian pelbagai jenis subsidi dan insentif kepada

pesawah.


15. PERBANDINGAN HARGA BERAS PUTIH DI NEGARA ASEAN (Februari

2025)


Negara Harga Beras Putih (sekilogram)

Malaysia RM2.60

Thailand RM3.00

Indonesia RM3.80

Vietnam RM3.20

Filipina RM4.00

Singapura RM4.60



Negara Harga Beras Putih (sekilogram)

Cambodia RM3.60

Laos RM3.80

Brunei RM2.80


Harga beras di Malaysia masih rendah berbanding kebanyakan negara ASEAN lain,

disebabkan bantuan subsidi kerajaan dan dasar kawalan harga.



JUMLAH SUBSIDI YANG DISALURKAN KEPADA PESAWAH


Belanjawan 2025, Kerajaan sediakan peruntukan sebanyak RM2.6 billion kepada

pesawah dalam bentuk subsidi dan insentif.


Daripada RM2.6 billion tersebut:


i. RM1.38 billion adalah subsidi input pertanian

ii. RM825 juta adalah penyediaan subsidi/insentif output pertanian

iii. RM397 juta insentif dan bantuan (anggaran subsidi RM4,323.20 setiap pesawah

sehektar semusim)


JUMLAH SUBSIDI DAN INSENTIF

TAHUN 2025 : RM2.6 billion

TAHUN 2024 : RM2.4 billion

TAHUN 2023 : RM1.9 billion


SUBSIDI SKIM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN

TAHUN 2023 : RM388 juta

TAHUN 2024 : RM576.29 juta

TAHUN 2025 : RM607.34 juta


SKIM INSENTIF PENGELUARAN PADI

Bantuan input pertanian dalam bentuk baja tambahan, racun makhluk perosak, kerja

pengkapuran dan pembajakan.


TAHUN 2023 : RM363 juta

TAHUN 2024 : RM585.84 juta

TAHUN 2025 : RM632.29 juta


SKIM SUBSIDI HARGA PADI

Bantuan setiap tan padi bersih


TAHUN 2019 : Bantuan RM360/tan

TAHUN 2023 (9 Ogos) : RM500/tan


SUBSIDI INPUT PERTANIAN PER HEKTAR


- Purata pengeluaran 3.5 tan metrik per hektar.


i. Benih padi sah : RM144.20

ii. Baja Sebatian : RM492

iii. Baja Urea : RM156

iv. Upah Bajak : RM100

v. Baja Tambahan NPK : RM360

vi. Racun : RM200

vii. Pengapuran serta Upah : RM1,100

viii. Subsidi Harga Padi (Output) per tan padi bersih : RM500/tan X 3.5tan =

RM1,750


JUMLAH SUBSIDI : RM4,302.20

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page