Sokong Penuh Platform Sukan Santai Anak Muda
- nabalunews
- 7 hours ago
- 1 min read

29 April 2025
KOTA MARUDU: Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bandau, Suzie Salapan menyokong penuh platform sukan santai anak muda di daerah ini.
Beliau yang hadir memeriahkan Kejohanan Bola Tampar Campuran Santai anjuran Team Mixed River dari Kampung Sungoi, di sini, itu turut berkesempatan menyempurnakan majlis penutupan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Suzie berkata, ia adalah amat pentingnya untuk menyediakan platform bagi anak muda mengasah bakat dan membina jalinan ukhwah antara komuniti.

“Anak muda memerlukan ruang seperti ini untuk berkarya dan menunjukkan potensi mereka. Saya amat menyokong aktiviti sihat seperti ini sebagai usaha membina sahsiah serta mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bermanfaa.
“Syabas kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini, termasuk penganjur dan peserta yang menunjukkan komitmen tinggi.
"Walaupun hadiah sangat kecil, tetapi semangat bertanding yang ditunjukkan amat luar biasa dan wajar dipuji," katanya.

Suzie berharap agar program seperti ini diteruskan dan diperluaskan ke kawasan lain, agar lebih ramai anak muda dapat terlibat dalam kegiatan positif yang mengukuhkan perpaduan masyarakat setempat.
“Kejohanan bola tampar santai ini bukan saja menjadi pentas pertandingan, malah berjaya mengukuhkan hubungan antara penduduk pelbagai kampung di Kota Marudu.
“Ia turut memperlihatkan bahawa sukan adalah medium terbaik untuk menyatukan semua lapisan masyarakat.
“Walaupun hadiah yang ditawarkan hanya bersifat simbolik, semangat bertanding dan sokongan daripada peserta dan penyokong sangat membanggakan,” katanya.
Terdahulu, 12 pasukan dari beberapa kampung sekitar daerah ini yang mengambil bahagian menunjukkan semangat kesukanan yang luar biasa.
Commentaires