Sokongan kepada atlet sukan gusti lengan
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_856208aa13d9484abc367fefb9f1e59b~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_818,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/d65831_856208aa13d9484abc367fefb9f1e59b~mv2.jpg)
14 Februari 2025
PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang tampil memberi sokongan kepada wakil negara Sukan Gusti Lengan, Michael Raymond Ford.
Sumbangan kewangan itu disalurkan kepada atlet berkenaan untuk menyertai Kejohanan antarabangsa ‘Arnold Classic Arm-Wrestling Championship 2025’.
Kejohanan yang bakal diadakan di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat itu dijadualkan akan berlangsung pada 27 Februari hingga 2 Mac depan.
Ketua Bahagian UPKO Penampang, Datuk Donald Peter Mojuntin berkata, Michael seorang atlet yang disegani dalam kalangan peminat dan sukan gusti lengan.
Katanya, beliau percaya, atas bakat luarbiasa serta dedikasinya dalam bidang tersebut, Michael akan mampu mengharumkan nama bukan saja Penampang tetapi juga Negara Malaysia.
“He is undoubtably one of the pride of Penampang. Rasa bersyukur kerana dapat membantu saudara Michael dalam meringankan sedikit bebanan perbelanjaannya untuk pertandingan antarabangsa kali ini.
“Selamat berjuang untuk Penampang, Sabah dan Malaysia, bro Michael. Be the best that you can be,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.
Donald yang juga Timbalan Presiden UPKO berkata, banyak kejayaan Michael sebelum ini akan menjadi sumber inspirasi kepada ramai khususnya atlet anak muda Sabah.
Katanya, Michael sudah membuktikan sesiapa saja boleh berjaya dengan semangat, ketekunan dan disiplin yang tinggi.
Comments