SPR adakan mesyuarat khas PRN Sarawak pada 24 November
12 Nov 2021
Oleh Farah Salim
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-12 akan diadakan pada 24 November (Rabu) bermula 9 pagi, di sini.
Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Mesyuarat tersebut akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ
Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan-persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya menerusi satu sidang media, hari ini.
Pada 3 November, DUN Sarawak dibubar secara rasmi susulan penarikan proklamasi darurat di negeri itu oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Oleh yang demikian, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari Tarikh proklamasi darurat dibatalkan.
Comments