top of page

SPRM Tahan Pengurus Projek Kemuka Tuntutan Palsu

nabalunews

6 Mac 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengurus projek sebuah syarikat selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM800,000.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.


“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2014 hingga 2018.


“Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan negeri membabitkan satu projek pembinaan jalan di negeri ini dengan nilai berjumlah kira-kira RM800,000 sedangkan kerja tersebut tidak dibuat sepenuhnya,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.


Bagaimanapun katanya, suspek dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan suspek akan dituduh esok di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page