SSM digantikan dengan SSPA, tingkatkan kecekapan perkhidmatan awam
- nabalunews
- Aug 16, 2024
- 1 min read

16 Ogos 2024
PUTRAJAYA: Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perubahan ini dibuat setelah pertimbangan yang teliti dan berhemah, mengambil kira kepentingan penjawat awam yang telah banyak berkorban, terutama semasa pandemik COVID-19.
Anwar menjelaskan bahawa SSPA bukan sekadar perubahan dalam pendapatan penjawat awam, tetapi juga sistem saraan yang berteraskan prestasi.
"SSPA yang dirangka ini bukanlah semata-mata hanya pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan boleh guna yang akan dinikmati oleh penjawat awam, namun ianya adalah satu sistem saraan yang berteraskan prestasi.
"Siapa yang cemerlang, akan dapat ganjaran, siapa gagal mempamer prestasi yang baik, akan dikenakan tindakan," katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA) di Putrajaya.
Tambah beliau, penjawat awam yang kerap tidak hadir tanpa kebenaran atau tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik tidak akan diberikan ganjaran, selaras dengan prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan.
Comments