top of page

Stor Kilang Kayu Terbakar

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

2 April 2025


KOTA KINABALU: Sebuah stor kilang kayu di Jalan Tuaran Bypass, di sini, hampir musnah selepas terbakar malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, stor berkeluasan 1,000 meter persegi itu dilaporkan hanya mengalami 40 peratus kebakaran.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.55 malam.



Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan barang kilang jenis tidak kekal.


“Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki, satu pancutan dari sumber air jentera dan pili bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi terkawal jam 9.18 malam dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa mangsa yang terlibat dilaporkan.


Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kejadian ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page