Suami isteri melecur, dua buah rumah musnah
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

19 April 2025
KENINGAU: Sepasang suami isteri cedera dalam kejadian kebakaran di Kampung Tudan Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, pasangan berusia 43 dan 42 tahun itu dilaporkan melecur di tangan dan muka.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 7.24 malam menerusi talian MERS999.

Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Kebakaran melibatkan dua rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 111 meter persegi yang musnah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 33 meter demgan tiga pancutan dari sumber air daripada jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri yang juga penghuni pemilik rumah pertama.
Katanya, kedua-dua mereka mengalami kecederaan melecur dan dihantar ke hospital dengan menaiki Jentera EMRS Bomba.
“Api berjaya dikawal pada jam 8.05 dan operasi pemadaman diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
“Setelah memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi wujud bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 9.42 malam.
Sementara itu, katanya. Operasi yang diketuai oleh Komander Operasi PBK I Norhasrita binti Manan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan pasukan RELA.
Comments