nabalunews
Substesen Pulau Sibuan ditutup, susulan penemuan objek disyaki bom perang dunia kedua
7 Januari 2025
SEMPORNA: Substesen Pulau Sibuan di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, ditutup sementara bermula jam 12:30 tengah hari hari ini susulan penemuan objek yang disyaki bom peninggalan Perang Dunia Kedua.
Pengurusan Taman-Taman Sabah memaklumkan bahawa langkah penutupan ini diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung dan kakitangan substesen tersebut sehingga keadaan disahkan selamat sepenuhnya.
“Segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali,” menurut kenyataan itu.
Comentarios