top of page

Sukarelawan UPKO Lahad Datu, Anjur Program Bersihkan Tanah Perkuburan

nabalunews

17 Februari 2025


LAHAD DATU: Sempena kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak tiba lama lagi, Sukarelawan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Lahad Datu mengambil inisiatif membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hampilan Laut, Kunak.


Program dengan kerjasama penduduk kampung itu disertai Ketua Penerangan Bahagian, Saudi Osman mewakili Ketua Bahagian, Datuk Basari Sarkun.


Saudi berkata, program berkenaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khususnya penduduk kampung.

Katanya, selain rasa tanggungjawab, usaha membersihkan kawasan perkuburan itu adalah untuk memberikan imej lebih sempurna, menjaga kebersihan dan memberi suasana selesa kepada ahli keluarga yang datang menziarah.


“Apabila kawasan ini bersih, ia bukan saja memberi keselesaan kepada mereka yang akan datang menziarahi tanah perkuburan ini tetapi juga memastikan keselamatan terhadap kemungkinan serangan haiwan berbisa.


"Ini kerana pasukan sukarelawan turut membersihkan semak samun dan memotong pokok-pokok besar yang tumbang di kawasan tanah perkuburan ini," katanya di sini.


Sehubungan itu, Saudi berkata, program ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa dan mungkin dijadikan acara tahunan mereka.


“Terima kasih kepada Ketua Bahagian atas sokongan yang diberikan. Saya percaya program ini membawa manfaat kepada ramai orang khususnya penduduk kampung sekitar,” katanya.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page