top of page

Sumbangan Bangku Panjang untuk Gereja Katolik St. Thomas Kelawat

nabalunews

24 Februari 2025


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, menyumbangkan dana RM4,500 kepada Gereja Katolik St. Thomas, hari ini.


Sumbangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Kadamaian itu disampaikan Ketua PDM UPKO Mukim Kelawat, Maikat Gindara bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Maikat berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membiayai pembelian bangku panjang bagi kegunaan jemaah gereja berkenaan.


Katanya, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UPKO dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian untuk menyokong keperluan masyarakat terutamanya dalam aspek keagamaan dan kebajikan.


“Pusat Khidmat Rakyat DUN Kadamaian sentiasa berusaha untuk membantu keperluan rakyat.


“Ia merupakan tanggungjawab dan usaha berterusan dalam menyantuni rakyat,” katanya.


Sementara itu, Bendahari KPUK Gereja Katolik St. Thomas Kelawat yang menerima sumbangan berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat.


Katanya, kemudahan berkenaan amat diperlukan untuk keselesaan jemaah selain memudahkan pelaksanaan aktiviti keagamaan di gereja.


“Sumbangan ini sudah pasti dapat memperkukuhkan hubungan baik antara pihak berwajib dan komuniti setempat.


“Ia sekaligus mencerminkan semangat kerjasama serta keprihatinan terhadap keperluan masyarakat,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page