top of page

Sumbangan bantuan awal persekolahan di SK Marak-Parak ringankan beban ibu bapa

nabalunews



17 Januari 2025


KOTA MARUDU: Seramai 361 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Marak-Parak telah menerima manfaat daripada Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang berlangsung pada 15 Januari 2025 di sekolah tersebut.


Acara penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Progresif Bandau Berhad merangkap Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu, Jamil Majingkin yang mewakili Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang.


Selain itu, seorang murid berusia lapan tahun turut menerima bantuan istimewa berupa kerusi roda, simbolik kepada keprihatinan pihak YBR dalam membantu golongan kurang berkemampuan.


Menurut Jamil, bantuan ini adalah sebahagian daripada program YBR yang bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.


"Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima, khususnya bagi memenuhi keperluan pendidikan di awal tahun persekolahan," katanya.


Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah, khususnya Guru Besar SK Marak-Parak, Peter Gansai, serta guru-guru dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jackson Julius, atas usaha gigih menjayakan program ini.


Program ini bukan sahaja memberikan manfaat langsung kepada murid-murid, tetapi juga mencerminkan kepentingan kerjasama antara institusi, komuniti, dan keluarga dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua golongan.


Majlis penyerahan turut dihadiri oleh beberapa pemimpin komuniti termasuk Timbalan Ketua Bahagian UPKO, Matlunad Agok, Setiausaha Bahagian Jomius Bisara, serta ahli-ahli penting lain seperti Badurun Tamam, James Jibi, Addy Lumanid, dan Ghazali Datuk Latif. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen bersama dalam menyokong keperluan pendidikan komuniti setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page