Sumbangan Bantuan Gabion untuk Baiki Tanah Runtuh

18 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) UPPM Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Juin Kolod, mewakili Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan bantuan gabion untuk membaiki tanah runtuh di tepi kediaman Matiu Suliman.
Sumbangan ini disampaikan berdasarkan surat permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mandap, Kota Belud, Malatah Sabanting.
Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku pada 19 Januari 2023. Matiu Bin Suliman telah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak berkenaan tetapi tidak diluluskan sebelumnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick dan UPPM Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian atas sumbangan yang diberikan.
Juin Kolod, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, menyatakan bahawa bantuan ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah tanah runtuh. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama antara pihak berwajib dan komuniti untuk memastikan masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan efektif.
Sumbangan bantuan gabion ini diharapkan dapat menjadi penyelesaian jangka panjang bagi masalah tanah runtuh di kawasan tersebut.
Comments