top of page

Sumbangan dan Gotong-Royong di Kampung Kaung Ulu

nabalunews


17 Mac 2025


KOTA BELUD: Lebih daripada 40 penduduk Kampung Kaung Ulu telah berkumpul untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan dan kampung mereka.


Acara ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gereja, serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kaung Ulu. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan tersebut.


Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan oleh Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian.



Sumbangan ini diwakili oleh Staff Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Solumin bin Salanu, dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kaung Ulu, Geoffry Magaran.


Penduduk yang yang terdiri daripada ahli JKKK, KRT, dan penduduk kampung turut serta dalam acara gotong-royong tersebut.


Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar dan memastikan kampung sentiasa dalam keadaan bersih serta selesa untuk didiami.



Acara ini menerima sambutan yang sangat baik daripada masyarakat kampung yang memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung.


Sumbangan dan gotong-royong seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page